pages

ZAKAT

KEWAJIPAN BERZAKAT

Zakat adalah suatu kewajipan bagi setiap muslim. Tiada keraguan di situ.
Zakat juga sering dikaitkan sekali dengan kewajipan mendirikan solat.
( Surah An Nur , ayat 56 )

Anda tentu tahu sebagai muslim yang bekerja di Malaysia kita boleh membayar zakat dan mendapat rebat (pengurangan) bagi potongan cukai terhadap pendapatan?

Ya, betul seperti yang diwartakan di dalam Seksyen 6A (3) Akta Cukai Pendapatan 1967

Maknanya lebih banyak anda bayar zakat , lebih banyaklah potongan cukai anda dikurangkan ( lagipun kan dah macam-macam cukai lain sudah dan hendak dibayar).

.....ok, nantikan sambungannya ya...26/7/15

CARA MUDAH MEMBAYAR ZAKAT

1. Anda cuma perlu mengisi borang serta nyatakan jumlah bayaran

2. Sertakan bayaran dan kami bagi balik/masukkan semula 20% daripada bayaran tersebut ke akaun anda ( jumlah ini untuk anda serahkan sendiri kepada asnaf pilihan anda kerana mungkin juga ada saudara mara terdekat yang memerlukan dan membantu mereka yang dekat lebih diutamakan)

3. Jika anda membuat bayaran berkala umpamanya potongan bulanan, jumlah 20% ini akan dikreditkan semula sebelum setiap 7hb insyaAllah. Anda juga boleh memilih supaya jumlah 20% tersebut kami uruskan supaya terus dimasukkan ke akaun mana-mana asnaf pilihan peribadi anda.

......tksh kerana membaca 27/7/15


No comments:

Post a Comment